Welcome!    Register now    Login  
image1
Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Main Menu
New Members
amiya39 2010/3/10
bridget2 2010/3/10
abu6345 2010/3/8
pokyah 2010/3/8
polska60 2010/3/8
Who's Online
9 user(s) are online (2 user(s) are browsing Rencana(articles))

Members: 0
Guests: 9

more...


Posted by saardy on 2010/1/22 17:22:20 (65 reads)



Pada bulan April 2009, saya ada meletakkan cerita mengenai hotel kayu di Melaka di ruang blog, yang dijangka siap pada bulan Oktober yang lalu (http://mylaman.net/modules/wordpress/?p=11).

Pada minggu lepas saya dan suami pergi ke hotel tersebut untuk melihat hotel tersebut. Hotel tersebut masih di dalam pembinaan. Di sini, ingin saya kongsikan gambar-gambar hotel tersebut yang sempat diambil.


Read More... | 1730 bytes more | Comments?

Posted by saardy on 2009/8/13 19:30:37 (339 reads)

1. Pengenalan

Perkataan 'arborsculpture' adalah satu perkataan yang baru saya temui beberapa bulan yang lalu dan ia amat menarik perhatian saya. Perkataan ini adalah daripada gabungan perkataan 'arbor' (Latin untuk pokok) dan 'sculpture' (arca). 'Arborsculpture' atau arca pokok, yang juga dikenali dengan berbagai nama, adalah satu teknik seni/kraf untuk membesarkan sambil membentuk batang, dahan, dan akar pokok. Dengan cantuman (grafting), bengkokan dan pemangkasan batang, dahan, dan cabang, ia membesar menjadi satu bentuk hiasan semata-mata atau bentuk yang berfungsi.



Read More... | 21819 bytes more | Comments?

Posted by saardy on 2009/8/4 11:38:34 (656 reads)

Pada akhir bulan Julai yang lalu saya telah ke Johor Bahru kerana menemani suami yang berurusan di sana. Saya menginap di Hotel JA Residence, Jalan Wong Ah Fook di tingkat 19. Kali terakhir saya berada di sana adalah pada tahun 1990, dan begitu banyak perubahan yang telah berlaku. Yang begitu mengagumkan saya ialah bagaimana landskap lembut dan kejur yang terhasil di sepanjang Jalan Wong Ah Fook tersebut. Kalau nak tengok gambar-gambarnya, tengok di Image Gallery (Hiasan Landskap). Berbagai rekabentuk 'water feature' dibina di sepanjang 'green belt' tersebut. Laluan jalan kaki diturap dengan 'paving block' dengan corak yang menarik. Pada waktu malam pula, sebahagian laluan ini digunakan untuk jualan bazaar di mana khemah-khemah didirikan oleh penjaja. Kita boleh berjalan dengan aman dan nyaman di laluan ini. Dan bila landskap di lihat dari tingkat 19, ia nampak begitu menarik dan kelihatan seperti pelan landskap yang dibuat oleh arkitek landskap.


Read More... | 2178 bytes more | Comments?

Posted by saardy on 2009/4/15 13:45:04 (399 reads)

Pernah tak anda mendengar tentang "guerilla gardening"? Pergerakan ini dilahirkan oleh beberapa pekebun yang fanatik pada tahun 70han, yang merasai diri mereka tidak dibatasi oleh perkara-perkara seperti sempadan hartanah dan kawasan yang terhad, berusaha untuk mengindahkan atau mengubah dunia ini secara rambang. Pada awal penubuhannya, "guerrilla gardening" pada utamanya adalah satu cara untuk memprotes. Pokok berpasu akan tiba-tiba muncul di antara pokok petunia di hadapan balai polis atau pejabat kerajaan, yang telah menimbulkan rasa khuatir kakitangan dan pegawai.



Pada akhir-akhir ini, "guerilla gardening" telah menjadi satu fenomena haram (illegal) yang semakin menarik perhatian ramai dalam perkembangan landskap terutamanya di negara barat. Fenomena ini telah digambarkan secara global sebagai gerakan pelbagai akar-umbi di mana sekelompok individu mencari kesempatan untuk mengindahkan kawasan awam yang kosong atau terbiar, selalunya dibuat di bawah selubung kegelapan malam dan tanpa kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Pokok-pokoknya ditanam daripada bijibenih atau keratan dari kebun orang lain, atau dibeli dengan ihsan wang derma orangramai.



Read More... | 18268 bytes more | Comments?

Posted by saardy on 2009/3/30 14:12:23 (762 reads)

Anda pernah dengar mengenai "sweet berry" yang digelar buah ajaib atau "miracles berry" yang berasal dari Afrika? "Sweet berry" ini rasanya manis dan dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berkekalan selama 2 hingga 3 jam selepas memakannya. Sebarang makanan atau minuman yang masam, jika dimakan dalam 2 hingga 3 jam ini, akan terasa manis kerana rasa manis "sweet berry" ini melekat pada lidah.





Read More... | 3851 bytes more | Comments?

(1) 2 3 4 »